Program Cegah Kebakaran Bersama BOMBA Lenggong

Seramai 5 orang bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong telah mengadakan taklimat keselamatan dan demonstrasi cara penggunaan alat pemadam api di Dewan Serbaguna KKTM Lenggong.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan semua warga kerja dan pelajar KKTM Lenggong mengetahui dan memahami kepentingan keselamatan dalam aktiviti dan pekerjaan harian dalam kampus KKTM Lenggong.
Program ini bermula pukul 9 pagi dengan ucapan Timb. Pengarah (Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar), En. Khairil Anuar bin Sobri diikuti Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Pegawai Bomba iaitu En. Nik Mohd Kamil Nik Yaakob. Selepas itu, program diteruskan dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh pihak bomba dan warga KKTM Lenggong turut terlibat dalam sesi penggunaan alat pemadam api ini. Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Sesi Pengauditan MQS

Sesi Pengauditan MQS telah dijalankan di KKTM Lenggong yang melibatkan keseluruhan sistem pengurusan juga fasiliti di sini.
Perkongsian pendapat dan reaksi positif diberi oleh auditor sepanjang sesi ini.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa, staf dan siswa siswi KKTM Lenggong atas kerjasama demi memastikan pensijilan MQS tercapai.

Audit Akreditasi MQA 02

Sesi audit akreditasi MQA telah dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada panel penilai yang sentiasa memberi informasi juga perkongsian pengalaman sepanjang sesi ini berlangsung.
KKTM Lenggong sentiasa komited menyediakan pendidikan yang berkualiti juga melahirkan graduan dan usahawan yang berkelayakan.

Fire Drill Bersama BOMBA Lenggong

Sesi latihan Fire Drill bersama warga KKTM Lenggong dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lenggong.
Latihan diberi agar warga kolej sentiasa berwaspada dan mengetahui tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku sebarang kecemasan atau kebakaran.

MoU bersama UniKL RCMP

Perbincangan perancangan MoU bersama UniKL RCMP telah diadakan di KKTM Lenggong. Pelbagai maklumat, usul serta cadangan disepakati bersama.
Moga jalinan ini sukses demi mencapai bidang pendidikan dan keusahawanan bertaraf global.
Terima kasih UniKL RCMP !!