Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik & Elektronik Terpakai (E-Waste) peringkat KKTM Lenggong
Tarikh : 28/9/2022
Tempat : Dewan Besar KKTM Lenggong
PENGLIBATAN
Semua staf dan Pelajar
SINOPSIS
Jawatankuasa Greening TVET bersama Majlis Daerah Lenggong telah menganjurkan kempen pengumpulan barangan elektrik & elektronik terpakai (e-waste) di peringkat KKTM Lenggong. Terdapat beberapa barang e-waste seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh & pelbagai alatan lain telah berjaya dikumpulkan dan dikitar semula melalui kutipan oleh Majlis Daerah Lenggong. Matlamat kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya warga KKTM Lenggong mengenai bahaya dari buangan e-Waste selain meningkatkan kesedaran awam untuk menjaga alam sekitar.