Bersama Menghadapi Cabaran Bagi Mencapai Kerjasama Berkesan Bersama IPD Gerik

Tarikh: 7-9 Oktober 2022 (Jumaat-Ahad)
Tempat: VAT69 Amazing Camp Legacy, Kampung Danglang, Lenggong

PENGLIBATAN

10 Orang pelajar KKTM Lenggong

SINOPSIS

Program Bersama Menghadapi Kerjasama Berkesan Bersama IPD Gerik ini telah dianjurkan melalui kerjasama Majlis Belia Daerah Lenggong (MBDLg) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik (IPD Gerik). Kem ini juga telah dijalankan khas kepada belia selama 3 hari 2 malam secara percuma. Sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Lenggong, MBDLg menawarkan jemputan peserta seramai 10 orang pelajar KKTM . Penyertaan ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara golongan belia dan anggota polis di samping memberikan pendedahan berguna kepada siswa/siswi.
Program ini melibatkan 30(10+20) orang pelajar KKTM Lenggong dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Gerik. Taklimat sepanjang aktiviti turut disampaikan oleh CP (B) Dato` Abd. Rashid Bin Harun yang merupakan veteran VAT 69 Komando dan juga pengasas Amazing Camp Legacy Legend by nature. Beliau juga turut dibantu oleh beberapa jurulatih sepanjang aktiviti berlangsung seperti asas ikatan dan usungan, percambahan minda mengikut kumpulan, denai muslihat, pemerhatian taktikal dan lain-lain.

Seterusnya, CP (B) Dato` Abd. Rashid Bin Harun juga memberi serba sedikit pengetahuan tentang pengalaman semasa berkhidmat dan latar belakang beliau. Seterusnya, beliau juga berkongsi ilmu berkenaan kepimpinan yang berkesan dan memupuk semangat setia kawan. Bukan itu sahaja, kami juga dapat berkongsi pandangan tentang persepsi masyarakat terhadap anggota polis dan harapan pihak polis terhadap masyarakat.

Hubungi kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong,
Kampung Padang Luas, Mukim Durian Pipit,
33400 Lenggong, Perak, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (05) 751 0007

  • Fax  +6 (05) 751 0006

Pelawat

© 2009-2023 by GPIUTMD

Muat Turun

Ikuti kami di

© Copyright KKTM LENGGONG 2023. Design & Development by UNIT ICT
KKTM Lenggong tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search