CSR MERDEKA

Pada 9 Ogos 2017 iaitu pada hari Sabtu telah diadakan Program CSR Merdeka yang bertempat di Kg Durau Lenggong. Program ini disertai oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan khas sempena sambutan Kemerdekaan kali ke – 60.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli MPP dan di antara pelajar dengan penduduk kampung Durau. Antara Aktiviti yang telah dijalankan sewaktu CSR Kampung Durau adalah gotong – royong di Surau, dewan makan, melawat sekitar kampung dan makan bersama-sama sambil menikmati keindahan kampung Durau.