SAMBUTAN #mohngetehmerdekakklw DI KKTM LENGGONG

Program #mohngetehmerdekakklw KKTM Lenggong 2017
11 September 2017
9.30 pagi – 11.30 pagi

 

Program yang diadakan serantak bersama semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini adalah cetusan idea daripada Menteri KKLW, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Program yang diadakan ini bertujuan memupuk jalinan erat antara agensi termasuk MARA dalam memperkasa dan memartabatkan bangsa.

KKTM lenggong memberi kelainan dalam sambutan program ini melalui selingan beberapa gimik sebelum perasmian program. Wakil pelajar dibawa menaiki bot melalui tasik raban yang mengelilingi KKTM Lenggong seterusnya perjalanan kayuhan basikal dan konvoi motosikal memasuki perkarangan kolej yang menjadi kemuncak kepada gimik perasmian.

Seterusnya beberapa acara turut memeriahkan lagi program ini antaranya, deklamasi sajak kemerdekaan penuh semangat oleh TP KPHP, En. Khairil Annuar B. Sobri dan Peg. Perkhid. Pendidikan, En. Noraslan Bin Norasim. Manakala wakil pelajar pula mempersembahkan sketsa tokoh kemerdekaan dan puisi yang menceritakan perjuangan tokoh kemerdekaan.

Usai persembahan, semua warga KKTM Lenggong menjamu selera sambal diadakan sesi fotografi dan perlawanan Tarik tali yang bertujuan mengeratkan hubungan antara staf dan pelajar KKTM Lenggong.