MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN MARA 52 TAHUN

KKTM Lenggong telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun MARA ke-52 peringkat KKTM Lenggong.

Dimulai dengan sesi zumbaMARA yang dikendalikan oleh siswa, warga kolej bersama-sama melakukan aktiviti ini dalam mewujudkan suasana yang sihat dan ceria. Usai zumbaMARA, majlis diteruskan dengan sesi ucapan Presiden MPP seterusnya ucaptama oleh Tuan Pengarah merasmikan majlis ini.

Turut menjadi slot majlis adalah sesi taklimat daripada Pegawai SHO kolej dalam menyampaikan informasi tentang kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam kebakaran.

Kemuncak majlis adalah nyanyian penuh semangat lagu Amanah Rakyat bersama-sama dituruti dengan menaikkan bendera MARA sebagai simboliknya.

KKTM Lenggong terus MARA