Program Cegah Kebakaran Bersama BOMBA Lenggong

Seramai 5 orang bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong telah mengadakan taklimat keselamatan dan demonstrasi cara penggunaan alat pemadam api di Dewan Serbaguna KKTM Lenggong.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan semua warga kerja dan pelajar KKTM Lenggong mengetahui dan memahami kepentingan keselamatan dalam aktiviti dan pekerjaan harian dalam kampus KKTM Lenggong.
Program ini bermula pukul 9 pagi dengan ucapan Timb. Pengarah (Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar), En. Khairil Anuar bin Sobri diikuti Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Pegawai Bomba iaitu En. Nik Mohd Kamil Nik Yaakob. Selepas itu, program diteruskan dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh pihak bomba dan warga KKTM Lenggong turut terlibat dalam sesi penggunaan alat pemadam api ini. Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.