Pengenalan KKTM Lenggong

Penekanan sewajarnye diberikan kepada pembangunan sumber manusia bagi mewujudkan pekerja mahir dalam bidang berkaitan bioteknologi. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bioteknologi menjadi semakin penting dan dilaksanakan selaras dengan bidang keutamaan. Usaha turut ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur dan kemudahan teknologi bagi menggalakkan inovasi dan pembangunan industri.

Kejayaan penting dicapai menerusi pelkancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN) pada tahun 2005 menyediakan rangka kerja menyeluruh bagi memberi panduan kepada usaha pembangunan bioteknologi Negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), usha gigih akan ditumpukan kepada pelaksanaan DBN dengan penyertaan aktif sector swasta.

DBN turut menggariskan rangka hala tuju strategik industri bioteknologi bagi tempoh pelaksanaan selama 15 tahun. Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai agensi utama dalam membantu dan memudahkan pembangunan industri bioteknologi Malaysia.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, MARA telah melaksanakan pembinaan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Lenggong dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2014.