Nota Pengarah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya KKTM Lenggong dapat mengadakan laman web ini. Saya juga mengucapkan bebanyak terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk memberikan ucapan aluan dalam pelancaran laman web ini.

Dengan adanya laman web, sebarang maklumat dapat disebarkan dengan cepat dan tepat serta dapat dikongsi bersama yang membolehkan sebarang tindakan dilaksanakan segera. Ianya boleh memuatkan sebarang berita mengenai kursus, pekeliling dan peraturan, arahan, lawatan luar, peperiksaan, aktiviti-aktiviti KKTM Lenggong dan lain-lain.

Saya amat yakin dengan bantuan ICT seperti ini, pembangunan staf, pembangunan pelajar, penganjaran dan pembelajaran, pengurusan kewangan, pengurusan aset serta lain-lain perkara yang terlibat akan dapat ditingkatkan kecekapannya dan seterusnya produktiviti dan kualiti organisasi akan meningkat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web KKTM Lenggong ini. Semoga usaha murni tuan/puan akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Haji Wan Sabri Wan Ismail
Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong