Piagam Pelanggan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkara-perkara berikut :-

  • Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baru dalam tempoh masa dua (2) jam.
  • Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen pendaftaran lengkap diterima.
  • Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas Mesyuarat Senat BKT yang terakhir.
  • Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa lima belas (15) minit.
  • Menjawab setiap panggilan telefon dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
  • Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan inbois lengkap.
  • Membuat pembayaran tuntutan perjalanan kepada warga kerja dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan.
  • Memberi maklum balas aduan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh penerimaan surat atau aduan pelanggan