
Master of Education (Mechanical) | UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dari Pengarah
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya semoga halaman web ini dapat dijadikan sebagai panduan umum bagi semua dalam mengenali dan mengetahui Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong secara sifatnya, potensi serta peluang yang ada padanya.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kerana memilih KKTM Lenggong sebagai tempat untuk menggilap potensi diri. Adalah diharapkan semua pelajar yang memasuki KKTM Lenggong ini dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang telah direka bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri.
Sebagai perancangan untuk jangka masa panjang, KKTM Lenggong telah membentuk jalinan kerjasama dengan pelbagai sektor industri serta jabatan kerajaan. Ini bagi memastikan matlamat untuk menjadi pusat pendidikan teknikal terunggul tercapai. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pelajar di samping kelengkapan bengkel mengikut program masing- masing.
Semoga halaman web ini dapat membantu dalam membuat sebarang perancangan terutamanya yang bersangkutan dengan hal-hal akademik serta menjadi sumber informasi mengenai KKTM Lenggong.
Sekian.