
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong mula beroperasi pada 3 November 2014 dengan kemasukan staf seramai 27 orang yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan.
Kolej ini dibina di atas sebidang tanah seluas 81 ekar yang terletak di Mukim Durian Pipit daerah Lenggong, Perak Darul Ridzuan. KKTM Lenggong dilengkapi dengan kemudahan insfrastruktur dan prasarana yang meliputi makmal, kilang bertaraf Good Manufacturing Practices (GMP), bengkel, asrama pelajar, dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan, kemudahan sukan dan sebagainya.
Penawaran program pendidikan dan teknikal disusun mengikut kluster/jabatan yang tertentu. Berikut adalah senarai program-program yang ditawarkan mengikut kluster/jabatan :
SINGKATAN |
NAMA PROGRAM |
DHH |
DIPLOMA IN HERBAL AND NATURAL PRODUCTS (HERBAL SCIENCE) |
DHM |
DIPLOMA IN HERBAL AND NATURAL PRODUCTS (MANUFACTURING) |
DPM |
DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY (PLANT MAINTENANCE) |
DFE |
DIPLOMA IN BIOCHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (FOOD) |
DPD |
DIPLOMA IN PACKAGING TECHNOLOGY AND DESIGN |
Struktur kurikulum juga turut mengandungi kursus-kursus dari Jabatan Pengajian Am yang menawarkan kursus-kursus bukan teknikal. Berikut adalah unit-unit yang berada di bawah Jabatan Pengajian Am :
JABATAN |
UNIT |
Jabatan Pengajian Am |
Unit Matematik |
Secara umumnya, KKTM Lenggong mempraktikkan sistem semester yang turut merangkumi kegiatan kokurikulum dan latihan industri. Para pelajar akan mengikuti pengajian
Selama lima semester dan satu semester menjalani latihan industri. Dengan bantuan serta tunjuk ajar daripada pensyarah, konsep pembelajaran berasaskan hasil kini digunapakai bagi memastikan pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan matlamat program yang diikuti. Pelajar akan lebih fokus dan terarah kepada keperluan dan kehendak kursus-kursus tersebut.