Please select your question category

Search FAQs

Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.

Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing. Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.

Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.

Proses pengambilan pelajar dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan ini dibuat berterusan daripada February hinggal 30 April setiap tahun.