PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN BENGKEL

  1. Pengguna makmal dan bengkel diwajibkan memakai Baju Makmal (Lab Coat) sewaktu berada di dalam makmal (termasuk pengguna yang tidak menjalankan eksperimen).
  2. Pengguna makmal diwajibkan memakai kasut yang bertutup sewaktu berada di dalam makmal dan kasut keselamatan sewaktu berada di dalam bengkel.
  3. Pengguna adalah dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman ke dalam makmal dan bengkel.
  4. Pengguna makmal dan bengkel adalah dilarang sama sekali membawa rakan-rakan dari luar yang bukan Warga KKTM Lenggong. (tindakan keras akan dikenakan sekiranya ingkar).
  5. Pengguna makmal dan bengkel adalah dilarang sama sekali bergurau senda, bermain dan meninggikan suara di dalam makmal.
  6. Kipas pelawas (exhaust fan) hendaklah sentiasa dihidupkan apabila pengguna berada di dalam makmal dan bengkel.
  7. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah memahami Risalah Data Keselamatan Bahan (Material Safety Data Sheet) sebelum mengendalikan bahan tersebut.
  8. Pengguna makmal dan bengkel diwajibkan memakai peralatan yang bersesuaian sewaktu mengendalikan instrumen dan peralatan.
  9. Pengguna makmal hendaklah memastikan kebuk wasap sentiasa dihidupkan dan bertutup sewaktu mengendalikan bahan kimia.
  10. Pengguna makmal dan bengkel diwajibkan mengisi Rekod Penggunaan Alat sebelum dan selepas menggunakannya (bagi pengguna Luar, anda dimestikan mendapat kebenaran daripada Pensyarah terlebih dahulu).
  11. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah bertanggungjawab semasa mengendalikan instrumen dan sebarang kerosakan hendaklah segera dimaklumkan kepada Pensyarah / Juruteknik.
  12. Bagi pengguna luar yang mendapat kebenaran menggunakan instrumen di makmal, anda dilarang menggunakan peralatan makmal yang lain(barang kaca/bahan kimia).
  13. Pengguna makmal dan bengkel adalah dilarang menukar hak milik kad pintar atau menggunakan kad laluan lain untuk memasuki makmal dan bengkel yang tidak berkaitan.
  14. Pengguna makmal dan bengkel adalah dilarang membawa keluar peralatan makmal dan bengkel tanpa keizinan Pensyarah.
  15. Pengguna makmal dan bengkel dilarang mengalihkan kedudukan komputer dan peralatan tanpa kebenaran.
  16. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah memastikan ruangan kerja sentiasa dibersihkan selepas menjalankan kerja.
  17. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah memastikan segala peralatan diletakkan di tempat asal selepas menggunakannya.
  18. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah memastikan bahan kimia yang telah digunakan diletakkan di tempat yang disediakan sebelum proses pelupusan dilakukan (Pengguna adalah dilarang sama sekali membuang sisa kimia ke dalam sinki).
  19. Pengguna makmal hendaklah memastikan peralatan kaca yang pecah diletakkan di dalam kotak yang disediakan sebelum proses pelupusan bahan kaca dilakukan.
  20. Pengguna makmal dan bengkel yang ingin menggunakan makmal lain diwajibkan mendapat kebenaran daripada Pensyarah tersebut dan memaklumkan kepada Juruteknik untuk rekod dan tindakan.
  21. Bagi pengunaan makmal dan bengkel di luar waktu pejabat, pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pensyarah. Bagi makmal dan bengkel yang tidak digunakan diluar waktu pejabat, bilik tersebut akan dikunci.
  22. Pengguna terakhir hendaklah memastikan lampu dimatikan dan pintu ditutup selepas menggunakan makmal dan bengkel.
  23. Pengguna makmal dan bengkel dikehendaki membersihkan barang-barang kaca dan sinki selepas di gunakan.
  24. Pengguna makmal dan bengkel hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
  25. Pastikan anda tahu lokasi pemadam api dan peti kecemasan.

Pengguna makmal dan bengkel diwajibkan memahami dan mematuhi semua PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN BENGKEL. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pengguna yang tidak mematuhi peraturan tersebut.