Jabatan Pengajian Am

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu Program Akademik Induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pengajian Malaysia, Matematik, Keusahawanan dan juga Bahasa Inggeris.

Jabatan yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan tenaga kerja warga Malaysia yang mahir dan berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak. Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.

Objektif

Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan
Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional
Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan
Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara
Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh MARA

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong dalam menyelaraskan kegiatan kolej sebagaimana yang ditentukan.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah BKT.
  • Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan program / latihan subjek umum yang dijalankan.
  • Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan program subjek umum.
  • Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
  • Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan pembelajaran.
  • Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Pengurusan Latihan.
  • Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Pengurusan Latihan dari masa ke semasa.

Kursus-kursus yang ditawarkan

  • Pendidikan Islam
  • Pengajian Malaysia
  • Matematik
  • KeUsahawanan
  • Bahasa Inggeris