Unit Penilaian & Persijilan

LATARBELAKANG

Secara umumnya Unit Penilaian & Persijilan bertanggungjawab menyelaras dan mengendalikan segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir dan persijilan. Unit ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua jabatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing.

Di dalam unit ini terdapat bilik-bilik yang menempatkan pejabat Pegawai Peperiksaan, Bilik Penyelaras Peperiksaan Jabatan, Bilik Komputer, Bilik Kebal, Bilik Simpanan Bahan/Peralatan Peperiksaan dan Bilik Cetak . Unit Penilaian & Persijilan juga dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin cetak dan sebuah bilik keselamatan (kebal) khas untuk menyimpan kertas- kertas soalan peperiksaan akhir.

FUNGSI

  • Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester
  • Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir dan Jadual Pengawasan Peperiksan Akhir
  • Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir seperti Slip Keputusan, Surat Pelajar
  • Mengulang Modul, Mengulang Semester, Gagal Berhenti, data kajian keputusan peperiksaan, Laporan Lembaga, Senarai Graduan dan lain - lain
  • Menyediakan diploma para graduan dan urusan berkaitan persijila
  • M

    enyediakan transkrip keputusan peperiksaan