Pejabat Pentadbiran

LATARBELAKANG

Pejabat Pentadbiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong adalah bahagian yang membantu melancarkan arah hala tuju yang sesuai untuk mencapai objektif jangkamasa panjang serta membantu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong dikenali dan disegani disetiap lapisan masyarakat . 

Pejabat Pentadbiran yang diketuai oleh Pengarah dibantu oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Kewangan serta Timbalan Pengarah Akademik.
Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Pejabat Pentadbiran sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada warga KKTM Lenggong bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

FUNGSI UTAMA

  • Meyelaraskan arah tuju KKTM Lenggong agar selari dengan kehendak MARA khasnya dan Negara amnya
  • Bertanggungjawab dalam perkara – perkara yang melibatkan pengurusan kewangan dan akademik
  • Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan aset dan kepentingan KKTM Lenggong
  • Bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti rasmi kolej yang melibatkan protokol
  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan dan melakukan apa – apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas – tugas di bawah Kaedah dan Peraturan.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan pentadbiran dan pembangunan
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kolej
  • Menjadikan KKTM Lenggong sebuah institusi yang dikenali dan disegani

MISI

Pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan berinovatif pemangkin kecemerlangan institusi

VISI

  • Bertekad mempertingkatkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan di samping berusaha mentadbir urus urusan pentadbiran dengan cekap dan penuh tanggungjawab serta memaksimumkan kepuasan pelanggan
  • Sentiasa bersedia menerima perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan