Kaunseling & Kerjaya

Kaunseling & Kerjaya ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kerjaya pelajar sejajar dengan hasrat KKTM Lenggong melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri. Kaunseling & Kerjaya berperanan

  • Membantu penempatan kerjaya pelajar dan mengendalikan program-program yang berkaitan dengan pembangunan ekmahiran kerjaya pelajar
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling dan program pembangunan kendiri yang membantu pelajar mengenalpasti dan menggunakan potesnsi diri mereka

Perkhidmatan yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan Kaunseling & Kerjaya ialah :

  • Sesi Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Program Pembangunan Kendiri Dan Peningkatan Kemahiran
  • Pengujian Psikologi Dan Pembangunan Inventori
  • Program Pembangunan Kerjaya (Career Attack / Career Outreach)