Unit ICT & Unit Media

LATARBELAKANG

Unit ICT & Unit Media bertanggungjawab dalam memperkasakan pengurusan dan pembelajaran di KKTM Lenggong dalam aspek penggunaan Teknologi Maklumat dan Multimedia. Dalam zaman yang serba pantas, menjadi tanggungjawab besar untuk Unit ICT & Unit Media dalam memastikan segala keperluan ICT warga KKTM Lenggong sekurang-kurangnya selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Unit ICT & Unit Media bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat KKTM Lenggong dengan memastikan segala keperluan perlaksanaan dan perjalanan sistem maklumat KKTM Lenggong berjalan dengan baik dan sistematik. Unit ICT & Unit Media juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisen dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Unit ICT & Unit Media akan mengawalselia

  • Pembangunan Sistem dan Web
  • Teknikal, Rangkaian & Multimedia
  • Audio Visual

Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Unit ICT & Unit Media sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada KKTM Lenggong bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

OBJEKTIF

  • Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa
  • Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan KKTM Lenggong
  • Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan KKTM Lenggong