Pengurusan Aset & Fasiliti

LATARBELAKANG

Pengurusan Aset & Fasiliti mengutamakan penyelenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan pulangan yang memuaskan. Aset mestilah diselenggarakan dengan lebih berkesan dan profesional bagi memperolehi “best value for money”. Oleh yang demikian, penyelenggaraan yang berkesan memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi dan komprehensif.

Aset tidak akan memberi pulangan yang memuaskan sekiranya penyelenggaraan terhadapnya diabaikan atau penyelenggaraan hanya akan dilakukan terhadapnya apabila timbul kerosakan yang serius atau rungutan pengguna di mana aset tidak mencapai pada tahap yang optimum. Pendekatan secara reaktif ini amat merugikan semua pihak. Kerosakan seringkali sampai ke tahap optimum/ uzur baru diperbaiki dan ini boleh mengganggu produktivitinya.

Penyelenggaraan hendaklah diberi penekanan penting terutamanya aset-aset yang melibatkan proses pembelajaran di kolej dari terganggu serta menggelakkan kerugian jangka panjang.

Terdapat 3 bahagian utama dalam unit ini iaitu sivil, elektrikal dan bangunan. 3 bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan segala aset serta fasiliti yang terdapat di KKTM Lenggong berupaya menjalankan fungsi dengan cekap dan berterusan

OBJEKTIF

Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan di KKTM Lenggong di buat mengikut jadual yang telah ditetapkan.